media hobi majalahburungpas.com, mengucapkan selamat tahun baru 2018, tahun ini lebih baik dari tahun 2017, ayo berkiprah lebih semangant, Simak terus majalahburungpas.com, via androidmu sejak sekarang
Kembali Ke Index Berita

PERANAN INDUK BURUNG MERBAH JANTAN DAN BETINA DALAM PENJAGAAN ANAKNYA

Minggu, 7 Januari 2018 | 22:01 WIB
Dibaca: 718
PERANAN INDUK BURUNG MERBAH JANTAN DAN BETINA DALAM PENJAGAAN ANAKNYA
ankan buurng merbah sedang dalam sarangnya/Di Indonesia /Jawa trotokan

Malaysia-media digital majalahburungpas.com, elektronik menyajikan warta top ilmiah seputar ocehan, bagi anda pecinta burung,  pemerhati dan peneliti serta anda yang memiliki kemampuan tentang burung apa saja maka bisa anda tuangkan dalam media majalahburungpas.com, ini.

Nah seperti halnya  tulisan yang sudah terbentuk dalam bahasa melayu dan juga bahas malaysia ini di tulis oleh oleh Dzulhelmi Nasir & Syereen Nasir yang di kirim sejak akhir desember 2017 lalu, kemudian artikel untuk di muat di media Indonesia majalahburungpas.

Nah apa yang menarik terhadap burung ? ternyata ini merupakan tanda-tanda kekuasaan Allooh, oleh sebab itu maka Dzulhelmi Nasir& Syereen Nasir, dalam bahasa melayu /malaysia tersebut patut kita ketahui dan di cermati agar kita sbagai manusia semakin bertaqa kepada Tuhan Sang Maha Pencipta  AYO KITA simak articel menarik berikut ini terbagai menjadi beberapa judul dan sebagai lanjutannya

Di dalam Al-Quran, Allah ada menyebut tentang burung dan bagaimana sifat aerodinamiknya menunjukkan kekuasaan Allah. “Tiadakah mereka memerhatikan burung yang mudah terbang diudara? Tiada yang menahannya, melainkan Allah.

Sungguh pada demikian itu menjadi tanda (atas kekuasaan Allah) bagi kaum yang beriman.” 16:79 (An-Nahl). Perkataan “yumsikuhunna” di dalam ayat bermaksud “memegang”. Dengan ini, ia boleh dimaksudkan dengan Allah memegang burung di udara dan terbang dengan perintahNya.

Burung merbah atau juga dikenali sebagai‘bulbul’ tergolong dalam spesies passerines saiz-sederhana yang dikategorikan dalam famili Pycnonotidae. Terdapat lebih 138 spesies merbah yang boleh dijumpai di benua America, Afrika, Asiadan Australia.

Dari pada jumlah tersebut, terdapat sebanyak 27 spesies merbah di negara Malaysia.Dua spesies merbah telah dikategorikan sebagai ‘Sangat Terancam’, tujuh sebagai ‘Hampir Terancam’ manakala yang lain-lain sebagai ‘Kurang  Membimbangkan’.

Secaraamnya, burung merbah mudah didapati di hutan paya bakau, hutan primer dan sekunder, kebun, dan juga kawasan bandar dan luar bandar yang didiami manusia.Namun taburan dan jenis habitat adalah bergantung kepada spesies merbah.

Setiap spesies burung merbah mempunyai kaedah tersendiri dalam menawan pasangannya.

Sebagai contoh, burung jantan Merbah Pipi Merah (P. jocosus) akan membuat beberapa pergerakan badan seperti menundukkan kepala, mengembangkan ekor dan kepaknya untuk menarik perhatian burung betina.

Setelah berjaya menawan pasangan, burung merbah akan mula bergerak bersama pasangannya semasa mencari makanan dan menjalankan aktiviti harian.

Walaupun kebanyakan spesies merbah biasanya kelihatan bersendirian atau berpasangan, terdapat juga spesies merbah seperti Merbah Siam (P. atriceps) yang hidup dalam kumpulan kecil merangkumi 6-8 individu pada satu-satu masa.

Toleransi burung merbah terhadap spesies burung lain sangat tinggi terutamanya dalam perkongsian kawasan pencarian makanan mahupun tempat pembinaan sarangnya.

Sebagai contoh, beberapa spesies burung seperti Ciak Rumah (Passer montanus), Murai Gila Biasa (Rhipidura javanica),

Perenjak Pisang (Orthotomus sutorius), Tiong Jawa (Acridotheres javanicus) dan Zebra Dove (Geopelia striata) pernah kelihatan menghinggap bersebelahan dalam lingkungan kurang dari satu meter dengan Merbah Kapur tetapi tidak menyebabkan reaksi negatif., tim red ( .....bersambung )


Berita Terkait


Tidak Ada Komentar


Tinggalkan Komentar


*) Wajib Diisi







     


PAS Tv
Watch 47 tumpeng semarakan kirab budaya dlingo bantul in single page?

PAS Images

Surat Pembacashow all

Statistik Website


    Page Views   13411419 Page View
    Visitors   706829 Pengunjung
    Visitor Online   13 Pengunjung Online